Khamis, 30 Julai 2009

Arah tuju PEMUDA, WANITA dan PUTERI UMNO

Sesungguhnya apabila kita melihat arah tuju Pemuda Umno Bahagian tidak sealiran atau tidak sehaluan dengan Kepimpinan Umno Negeri. Bolehkah kita berjalan satu rentak agar ahli Umno berada didalam keadaan selesa bila berhadapan dengan pilihanraya ke 13 nanti. Kita juga ingin tahu dimanakah Wanita Umno sebagai sayap parti yang mendukung perjuangan bersama. Dalam masa yang sama kita juga harus lihat peranan Puteri Umno...arah ke mana. Kita rakyat Malaysia sudahpun menyambut ulang tahun Kemerdekaan yang ke 52.. dimana Pemuda,Puteri dan Wanita Umno tolonglah kalau mahu kenang pun sekurang-kurangnya marilah kita menginsafi dan menghayati pengorbanan mereka yang terdahulu semasa menuntut kemerdekaan.

Hari ini pemuda berjuang untuk mendapatkan peluang, wanita menuntut hak sementara manakala puteri pula berjuang untuk menonjolkan kemampuan dan akhirnya menjadi pemimpin sehingga dapat menjawat jawatan Timbalan Menteri... apakah ini perjuangan puteri?. Wahai adik-adik puteri.. mari kita semua turun padang sekali lagi tanpa publisiti yang datang dari media cetak mahupun elektronik. Saya melihat perjuangan pemuda, wanita dan puteri hari ini sudah tidak sejati dan tulus termasuk juga sebahagian kecil pemimpin di peringkat Bahagian yang mana apabila telah mendapat habuan mereka agak ataupun lansung lupa asal usul perjuangan bangsa.......

Kata orang dulu-dulu "Kerbau yang membajak tanah - kucing dirumah makan nasi". Ini lah luahan hati kecil saya, harap mana mana yang terbaca mari lah kita menghayati..
sekadar memberi pandangan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan